Tuesday, January 29, 2013

AKU SAYANG KAMU - Bah. 15

Masuk sahaja ke dalam rumah, Ummi, Babah dan Kak Kiah sudah siap menunggu di ruang tamu. Segera aku menerpa dan peluk kejap Ummi yang berwajah bimbang. Aku menangis tersedu-sedu.

“Ya Allah, Ayu dah balik. Syukur Alhamdulillah! Ayu pergi mana? Ayu lari dari rumah ke?”

“Tak.. tak.. bukan Ayu lari. Ada orang culik Ayu. Sedar-sedar aja, Ayu kat apartment kosong” Ummi usap rambutku.

“Siapa culik Ayu? Kenapa dia tak call mintak duit tebusan? Kita kena buat report polis kalau macam ni” Babah bersuara tegas.

“Begini Pakcik.. “ Encik Najmi ingin memberitahu sesuatu tapi aku segera memintas.

“Ayu tak kenal, BaBab Dalam gelap Ayu nampak ada orang pukul kepala Abang Is dengan kayu panjang. Lepas tu dia tekup mulut Ayu dengan kain” Aku membuat dalih. Abang Is dan Encik Najmi renung aku dengan tajam.

“Habis tu, dia tak datang jenguk Ayu? Tak bagi Ayu makan?” Tanya Babah lagi dengan geram.

“Dia datang bawak makanan untuk Ayu, tapi pakai topeng. Pagi tadi tukang cuci masuk, sebab tu Ayu boleh lari keluar” Cik Natrah pula pandang aku macam tak percaya. Aku pandang matanya minta pengertian. Aku tak mahu hal Encik Irfan dipanjangkan.

“Ni, Ayu pakai baju siapa?” Ummi pula meyoalku.

“Dalam bilik Ayu tidur tu, almari dia penuh dengan pakaian perempuan” Ummi mengangguk tanda faham dan Babah pandang Abang Is.

“Maafkan Babah, Is. Babah tuduh Is cuba buat tak baik pada Ayu sampai Ayu lari dari rumah”  Babah tepuk bahu Abang Is dan memeluk Abang Is erat. Air mataku yang tadi terhenti, kini mengalir semula. Kesian Abang Is. Kerana aku, Abang Is dipersalahkan. Tentu saja Abang Is dimarah teruk oleh Babah dan Ummi.

“Kak Kiah pun sama. Kak Kiah marah Is dan tuduh Is macam-macam. Kak Kiah terkejut sangat bila jumpa Is terbaring atas katil Ayu awal pagi semalam” Kak Kiah yang dari tadi diam memerhati menyampuk.

“Ayu yang salah, Ummi…. BaBab Mengantuk sangat sampai tak larat nak jalan. Abang Is dukung Ayu ke bilik. Masa Abang Is turunkan Ayu kat katil tu lah, lelaki tu pukul Abang Is.” Babah mengeluh berat.

“Sebab tu Babah selalu pesan, Ayu kurang-kurangkanlah sikit bermanja dengan Is. Walaupun adik-beradik, masih kena jaga batas pergaulan. Tengok apa yang dah jadi. Orang akan fikir yang bukan-bukan”

“Maafkan Is, BaBab Is yang selalu manjakan Ayu…” Abang Is memohon maaf pada BaBab

“Tak apalah… ni Babah nak tanya, Ayu ingat tak rumah tempat Ayu kena kurung tu? Apartment mana?” Aku gelengkan kepala.

“Keluar dari lif, Ayu terus lari tak toleh kiri kanan. Ayu takut sangat dan nak cepat. Sebab lelaki tu bagitau dia nak datang semula hantar makan tengahari”

“Awak called Natrah tadi, masa tu awak kat mana?” Encik Najmi pula bertanya macam polis.

“Kat tempat Encik Najmi datang tadi. Seksyen 16, Subang Jaya”

“Banyak sangat apartment area-area situ, Naj…” Cik Natrah memberitahu abangnya sambil kerutkan dahi cuba mengingat kawasan yang aku sebutkan.

“Susah juga nak buat report macam ni. Betul Ayu tak ingat apartment mana?”

“Tak ingat.. Ayu mintak maaf… “ Aku menangis semula.

“Babahnya, dahlah tu. Kesian Ayu… biar dia naik berehat dulu” Babah akur dengan kata-kata Ummi. Encik Najmi dan Cik Natrah meminta diri untuk pulang ke pejabat. Aku dan Abang Is hantar Encik Najmi dan Cik Natrah ke kereta.

“Idayu… kenapa tak terus-terang pada your parents Irfan yang culik you?” Cik Natrah terus bertanya sebaik saja kami menghampiri kereta Encik Najmi

“Sebenarnya, Irfan suruh orang dia yang bawak I lari. Yang pukul Abang Is bukan dia”

“Jadi, you tak nak dakwa Irfan?” Cik Natrah masih tidak berpuas hati. Aku pula yang naik pelik. Bukan ke Irfan Muhriz sepupu Cik Natrah? Takkan tak mahu berpihak pada sepupu sendiri?

“Nat.. dahlah! biar Idayu bincang dengan keluarga dia. Pasal Irfan tu.. tahulah apa yang patut I buat nanti” Encik Najmi menyabarkan adiknya yang sedang naik angin.

“Encik Najmi.. please.. jangan panjangkan lagi. Irfan tak ada bertindak kasar pada saya dan tak ada perkara yang tak elok berlaku. Cuma dia paksa saya kahwin dengan dia….” Aku menahan sebak. Mana mungkin aku bersetuju untuk hidup disamping Encik Irfan yang sudah menjadi tunangan Amylia Nazirah.

“Saya benarkan awak bercuti sampai hari Jumaat. Hari Isnin baru awak masuk kerja, jangan tak datang pulak. Saya masih perlukan P.A. secekap awak” Aku mengangguk pada Encik Najmi. Kereta Encik Najmi beransur keluar dari halaman rumah kami. Abang Is tarik lenganku masuk ke dalam rumah.

“Ayu dah gila ke? Ayu setuju nak kahwin dengan dia? Apa yang Irfan dah buat pada Ayu? Dia dah rosakkan Ayu ke?” Marah Abang Is tiba-tiba.

“Apa Abang Is ni? Bila pulak Ayu setuju? Dan untuk pengetahuan Abang Is… Encik Irfan tak sentuh Ayu langsung” Aku rentap pegangan tangannya di lenganku. Bimbang Babah akan nampak perlakuan kami. Dahlah tadi, Babah sudah bersyarah pasal pergaulan aku dengan Abang Is yang agak melampaui batas. Walaupun aku berbohong pada Abang Is tadi, tapi kisah Encik Irfan mencium bibirku tanpa kerelaanku biarlah ianya menjadi lipatan sejarah buatku selama-lamanya. Aku tidak mahu sesiapa tahu.

“Ayu.., Is! Apa lagi nak bergaduh tu. Ayu nak rehat atau Ayu nak makan dulu? Ni Ummi ada masak sambal paru yang Ayu suka” Ummi menegur mendengar perbalahanku dengan Abang Is.

“Tak apalah Ummi, Ayu tak rasa lapar. Ayu nak naik rehat dulu, pening kepala sikit. Kalau Ayu tak turun-turun jugak lepas Zohor, Ummi kejutkan Ayu ya?”

“Baiklah sayang. Nak Panadol? Ummi ambilkan”

“Ayu nak tidur je…” Aku melangkah ke tangga. Waktu aku mahu tutup pintu bilik, Abang Is menahan daun pintu.

“Abang Is… kita bincang lain kali. Ayu penat dan letih..” Aku merayu pada Abang Is. Sekarang baru terasa lenguh kakiku akibat terlalu jauh aku berjalan dari area apartment Irfan tadi. Tangan Abang Is melekap di dahiku tanpa sempat aku mengelak.

“Muka Ayu pucat, dahi panas. Ayu demam ni. Mari Abang bawak Ayu pergi klinik?” Lembut suara Abang Is memujukku.

“Tak perlu lah Abang Is. Panas sikit je. Lepas tidur nanti, dah o.k. kot” Aku pura-pura tersenyum pada Abang Is. Abang Is cium dahiku yang terasa dedarnya.
~
 “Ayu…. bukak pintu, Kak Kiah ni. Ummi panggil turun” Sayup-sayup aku dengar suara pintu bilik diketuk kuat. Baru sepicing rasanya lenaku tapi sudah diganggu.

“Kejap…. Ayu datang ni” Aku bangkit dari katil. Kepalaku masih lagi berat, tapak tangan memegang kepala yang terasa menyucuk-nyucuk. Tombol pintu aku pulas dan dengan mata pejam celik aku nampak Abang Is berdiri di belakang Kak Kiah.

“Ada apa Kak Kiah?” Aku menanya Kak Kiah. Pandanganku semakin berbalam-balam.

“Ayu kenapa? Muka Ayu pucat sungguh!” Kak Kiah pandang mukaku yang nampak tidak bermaya.

“Ayu pening ke.. pa… la” Sebaik sahaja aku habiskan ayatku, segala di depanku nampak hitam. Kak Kiah menjerit dan aku terjelepok tapi sempat dirangkul lengan sasa Abang Is.

Perlahan-lahan aku buka mata bila terasa mukaku dibasahi air. Disekeliling katilku ada Babah, Ummi, Kak Kiah dan Abang Is.

“Ummi…. “ Aku bersuara lemah.

“Ayu demam panas, Is dah panggil doktor tadi. Ayu  kena suntik” Ummi memberitahuku.

“Ayu lapar…..” Aku mengadu pada Ummi dan Ummi ketawa perlahan sambil kesat air matanya.

“Kak Kiah turun bawah masakkan bubur untuk Ayu” Kak Kiah bergerak meninggalkan bilikku. Abang Is duduk dibirai katilku.

“Ummi, Babah…. Izinkan Is jadi suami Ayu. Is nak jaga Ayu….” Aku tersentak.

“Is? Betul ke apa yang Ummi dengar ni? Is nak kahwin dengan Ayu?” Ummi terkejut dengan permintaan Abang Is. Babah pun sama. Riak wajak babah bertukar corak serta-merta.

“A… apa? Abang Is nak kahwin dengan Ayu? Kita mana boleh kahwIn?” Aku pelik dengan pemintaan Abang Is. Masakan dia tak tahu hukum hakam? Dia kan seorang peguam?

“Abang bukan abang kandung Ayu. Abang anak angkat  Ummi dan Babah. Kita berdua bukan muhrim dan kita boleh bernikah ” Hah! Lagi sekali aku dilanda kejutan yang teramat sangat. Bermimpikah aku? Jadi selama ini…..

Patutlah sesekali, Babah menegurku jangan terlalu biarkan Abang Is menyentuhku, tapi aku degil. Aku tetap mahu bermanja dengan Abang Is. Nasihat dan teguran Babah langsung tidak menjadi kudis buatku. Dan panggilan manja ku pada Abang Is? Baru aku sedar, aku panggil Kak Izani dengan panggilan Kak Long. Kenapa aku tidak gelarkan Abang Is sebagi Abang Ngah? Sebab Abang Is bukan darah dagingku?

Dan patutlah dari dulu lagi, kemana-mana Babah dan Ummi pergi, mereka tak pernah tinggalkan aku dan Abang Is berdua-duaan di rumah besar ini. Kak Kiah senantiasa ada menemani kami. Aku pandang Ummi dan Babah dan mereka mengangguk. Ummi duduk di sebelah kiriku pula. Babah duduk di kerusi berhadapan almari solek.

“Ayu….. maafkan kami. Selama ini, Ummi dan Babah tidak pernah berterus-terang dengan Ayu tentang status Is. Kami tak mahu Ayu rasa janggal kalau Ayu tahu Is anak angkat. Ayu tahu kan, Kak Long dengan Is macamana? Kak Long Ayu tu susah mahu terima Is pada mulanya. Berbulan-bulan juga dia marahkan Ummi selepas Ummi bawa Is ke rumah ini. Bila Ayu lahir, dia masih lagi merajuk. Sebab tu dari kecil Ayu lebih rapat dengan Is”

“Kahwin dengan Abang, Ayu” Aku terpana. Sekali lagi Abang Is melamarku dalam keadaanku yang lemah begini? Dadaku seperti dihempap sesuatu yang amat berat. Dengan perangai Encik Irfan begitu, dengan lamaran Abang Is yang datang tiba-tiba.

Arghhh!.. kenapa susah sangat aku mahu memilih jalan hidupku. Aku kini berada di persimpangan. Antara Irfan Mukhriz yang sudah bertunang dengan Amylia Nazirah dan juga Abang Is yang sedang berpasangan dengan Cik Natrah. Siapa yang harus aku pilih? Tega kah aku merosakkan hubungan yang sudah terjalin? Aku pening dan hatiku rusuh mengenangkan kedua-dua lelaki yang sangat aku sayang.

“Ayu tak setuju!” Cepat sahaja aku bertindak-balas walaupun dalam keadaan sebegini lemah. Aku benci bila Abang Is mengambil kesempatan dalam situasi aku yang tidak berdaya sekarang. Aku bukan minta dikasihani. Aku tak mahu Abang Is menikahi atas dasar kasihan. Aku mahukan lelaki yang benar-benar jujur dan ikhlas mencintaiku.

“Ayu, Abang nak bertanggungjawab dengan apa yang dah jadi pada Ayu. Bagilah Abang peluang untuk Abang sentuh Ayu dengan ikatan yang halal” Abang Is merayu padaku. Aku diam membeku.

“Betul cakap Is tu, Ayu. Ayu pun dari kecik membesar dengan Is. Seluruh rumah ni tahu hati budi Is macamana”  Ummi menambah lagi. Aku teragak-agak untuk menjawab, bimbang akan melukakan hati Abang Is. Yang paling teruk, aku akan melukakan hati sendiri.

“Abang Is dah ada Cik Natrah. Ayu tak nak ganggu hubungan Abang Is dan Cik Natrah. Ummi dan Babah jangan bimbang. Lepas ni Ayu akan jaga diri. Ayu janji Ayu tak akan manja-manja peluk Abang Is lagi. Maafkan Ayu, Ummi, Babah!” Aku peluk lengan Ummi dan menangis.

Kak Kiah masuk menatang dulang berisi mangkuk bubur dan juga segelas air putih. Mangkuk bubur dihulurkan. Abang Is yang lebih dulu menyambutnya.

“Ummi dan babah tinggalkan korang berdua. Bincanglah apa yang patut. Ummi terima apa juga keputusan Ayu” Babah, Ummi dan Kak Kiah keluar dari bilikku dan biarkan daun pintu terbuka luas. Abang Is menyudu bubur dan suapkan ke mulutku.

“Ayu boleh makan sendiri” Aku tolak tangannya perlahan. Abang Is mengeluh.

“Ayu dah tak sayangkan Abang?” Abang Is renungku tajam.

“Sampai mati pun Ayu tetap sayangkan Abang Is”

“Kalau Ayu sayang Abang, makan apa yang Abang suap. Ayu kena makan, Ayu nampak lemah sangat. Maafkan Abang kalau buat Ayu runsing pasal hal kahwin tadi” Sudu bubur dihalakan ke mulutku semula dan aku buka mulut juga akhirnya.

Sesudu, dua sudu…. Abang Is tekun menyuapku tanpa bersuara sepatah pun. Sedar tak sedar, semangkuk bubur aku habiskan sampai licin. Rupanya aku lapar sungguh! Gelas air putih dihulurkan dan ditapak tangan Abang Is ada beberapa biji pil yang dibekalkan doktor tadi.

“Makan ubat dulu… lepas tu rehat” Abang Is seperti mengarah pula. Aku ikut saja apa yang Abang Is suruh. Habis sahaja aku telan ubat, Abang Is bangkit dari katilku. Aku pegang lengan Abang Is menahan dia dari melangkah pergi.

“Abang Is, pasal lamaran Abang Is…..” Abang Is senyum dan tarik tangannku dilengannya.

“Tak payah fikir dulu, Abang rasa bersalah buat Ayu tambah stress. Sesiapa pun yang Ayu pilih, Abang terima dengan rela hati. Apa-apa pun, Ayu tetap baby Abang. Adik manja yang tiada galang-gantinya. Abang sayang Ayu” Abang Is duduk semula dan mengesat air mataku.


“Syhhh.. dahlah! Jangan menangis lagi. Cengeng tak habis-habis!” Tambah Abang Is sambil ketawa perlahan tapi ketawanya kedengaran sumbang benar. Nampak sangat dia mahu menjaga hatiku.